Aku bukan
seorang penulis tapi aku ingin sekali menulis seperti penulis-penulis hebat
yang lain di Malaysia. Salim A. Fillah (penulis Indonesia), Ust. Hasrizal
(Saifulislam.com), Fatimah Syarha, Hilal Asyraf, Ust. A.Ubaidillah Alias dan
ramai lagi yang tak tersebut. Walaupun coretanku tidak sehebat penulis-penulis
lain, aku tetap ingin menulis untuk dakwah, untuk ummah. Moga tinta yang
tertera menjadi bekal ke syurga, InsyaAllah.
Kata Salim A. Fillah, “Sekiranya
menulis itu suatu hobi, maka kita akan senang hati. Tetapi jika menulis itu
suatu misi, maka kita mesti berdarah-darah untuk berbakti!”
Ini
impianku semenjak dulu lagi. Moga tahun baru 2013 ini menjadi permulaan untukku
menulis. Biarlah jika tiada siapa pun yang membacanya asalkan ia menjadi
inspirasi dan motivasi untukku menjadi individu muslim yang baik.
Apapun yang
kita buat dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar benda semuanya mestilah
kerana Allah. InsyaAllah..^_^
~For the
sake of Allah~