Sunday, March 23, 2014

KISAH HATI DAN LIDAH

Kisah 'Hati Dan Lidah'

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan; 

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;
"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.



Saturday, February 22, 2014

Sabar..







Ya Allah, seandainya aku redha di atas segala yang Kau tentukan kepadaku,
Kurniakanlah syurgaMu yang kekal abadi...T_T



Sunday, February 9, 2014

AMANAH ITU AMAT BERAT


Ketika Abdullah b. Rawahah diangkat menjadi panglima perang dalam perang Mu'tah. Beliau menerima jawatan tersebut dengan tangisan dan cucuran air mata. Lantas para sahabat lain bertanya : “Apa gerangan yang membuatkan engkau menangis wahai Abdullah. Lalu beliau memberi respon : “Tidak ada rasa cinta pada diriku akan dunia serta keinginan untuk dipuja-puja oleh kalian, akan tetapi aku teringat ketika Rasulullah mengingatkan aku dengan firmanNya :
“Dan tidak ada seorang pun diantara kamu yang tidak mendatanginya (neraka). Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu ketentuan (hatman maqdhiyya) yang sudah ditetapkan.”
 [Maryam : 71]

Inilah perasaan yang terbit dari benak Abdullah b. Rawahah ketika beliau mentadabbur ayat al-Quran dan menghubungkannya dengan jawatan yang diamanahkan kepadanya. Rasa risau dan bimbang jika amanah ini tidak dapat menyelamatkannya dari menghadapi kesengsaraan neraka Jahanam. Ia mengingatkan bahawa menghadapi neraka Jahanam merupakan satu kepastian, satu ketetapan yang tidak dapat dielakkan.

Hatman Maqdhiyya..T_T


Ya Allah bantulah hamba untuk menjalankan amanah yang telah Engkau berikan. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik penolong.

Saturday, February 8, 2014

Cukuplah Allah Bagiku!!


“Ujian di dalam kehidupan ini bukanlah untuk menguji kekuatan kita,
Bahkan untuk menguji sejauh mana pergantungan kita kepada Allah.”

Letaklah pergantungan kita hanya kepada Allah. Manusia akan datang dan pergi dalam kehidupan kita. Tidak ada yang akan kekal selamanya. Sepertimana Allah menarik kembali susuk Khadijah RA dan Abu Talib daripada pangkuan  Rasulullah SAW, seperti itu jugalah manusia yang kita sayangi akan pergi meninggalkan kita. Allah mahu agar kita bergantung hanya kepada Dia, meletakkan Dia lebih tinggi daripada segala yang lain yang ada di dunia. Kerana itu, letakkanlah cinta kepada Allah sebagai prioriti kita yang paling utama. Kerana Dia, selalu sahaja ada di sisi kita, tetapi kitalah yang selalu melupakanNya.

Hasbunallah wani’mal wakeel, wani’mal maula, wani’mannasir~

Cukuplah Allah bagiku, Sebaik-baik pelindung, Sebaik-baik penolong…T_T

Tuesday, February 4, 2014

Allah Itu Dekat


“Jika seorang hamba di pagi dan petang hari, tidak mempunyai keinginan apa pun kecuali Allah SWT semata, maka Allah akan memikul seluruh keperluannya. Allah akan memberikan semua yang menjadi keinginannya. Mengosongkan hatinya untuk cinta kepada-Nya. Menjadikan lisannya berzikir kepada-Nya. Menjadikan semua anggota tubuhnya memenuhi ketaatan kepada-Nya.” [Ibnul Qayyim]

Sungguh Ya Allah, aku mendambakan cinta-Mu. Ternyata tidak mudah untuk meraih cinta-Mu. Beribu halangan dan liku yang perlu kutempuhi dalam mujahadahku demi mengejar keredhaanMu. Kadang-kadang niatku terpesong. Kadang-kadang aku mengikut hawa nafsuku. Kadang-kadang aku alpa dan leka. Bantulah hamba-Mu ini Ya Robb. Aku sangat lemah tanpa pertolongan dari-Mu. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Mu. Rodhitubillahirabba, wabilislamideena, wabimuhammadinnabiyyan wa rasulaa..

Buat jiwa-jiwa yang merindui pertemuan dengan Tuhannya…
Buat hati-hati yang ingin selalu dekat dengan Tuhannya…
Buat para pendosa yang selalu menyesali dosa-dosanya..
Buat mereka yang berharap rahmat daripada Tuhannya..

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
[Al-Baqarah : 186]



Sajak Aminah Qutb, Buat Bakal Suami

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu,

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikan aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.