Wednesday, January 2, 2013

IMPIANKU


Aku bukan seorang penulis tapi aku ingin sekali menulis seperti penulis-penulis hebat yang lain di Malaysia. Salim A. Fillah (penulis Indonesia), Ust. Hasrizal (Saifulislam.com), Fatimah Syarha, Hilal Asyraf, Ust. A.Ubaidillah Alias dan ramai lagi yang tak tersebut. Walaupun coretanku tidak sehebat penulis-penulis lain, aku tetap ingin menulis untuk dakwah, untuk ummah. Moga tinta yang tertera menjadi bekal ke syurga, InsyaAllah. 

Kata Salim A. Fillah, “Sekiranya menulis itu suatu hobi, maka kita akan senang hati. Tetapi jika menulis itu suatu misi, maka kita mesti berdarah-darah untuk berbakti!”

Ini impianku semenjak dulu lagi. Moga tahun baru 2013 ini menjadi permulaan untukku menulis. Biarlah jika tiada siapa pun yang membacanya asalkan ia menjadi inspirasi dan motivasi untukku menjadi individu muslim yang baik.

Apapun yang kita buat dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar benda semuanya mestilah kerana Allah. InsyaAllah..^_^

~For the sake of Allah~

No comments:

Post a Comment