Sunday, February 9, 2014

AMANAH ITU AMAT BERAT


Ketika Abdullah b. Rawahah diangkat menjadi panglima perang dalam perang Mu'tah. Beliau menerima jawatan tersebut dengan tangisan dan cucuran air mata. Lantas para sahabat lain bertanya : “Apa gerangan yang membuatkan engkau menangis wahai Abdullah. Lalu beliau memberi respon : “Tidak ada rasa cinta pada diriku akan dunia serta keinginan untuk dipuja-puja oleh kalian, akan tetapi aku teringat ketika Rasulullah mengingatkan aku dengan firmanNya :
“Dan tidak ada seorang pun diantara kamu yang tidak mendatanginya (neraka). Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu ketentuan (hatman maqdhiyya) yang sudah ditetapkan.”
 [Maryam : 71]

Inilah perasaan yang terbit dari benak Abdullah b. Rawahah ketika beliau mentadabbur ayat al-Quran dan menghubungkannya dengan jawatan yang diamanahkan kepadanya. Rasa risau dan bimbang jika amanah ini tidak dapat menyelamatkannya dari menghadapi kesengsaraan neraka Jahanam. Ia mengingatkan bahawa menghadapi neraka Jahanam merupakan satu kepastian, satu ketetapan yang tidak dapat dielakkan.

Hatman Maqdhiyya..T_T


Ya Allah bantulah hamba untuk menjalankan amanah yang telah Engkau berikan. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik penolong.

No comments:

Post a Comment